Wednesday, March 9, 2011

Bila Ateh Berleter....

Hari-hari I tell myself, "jangan terperdaya lagi, jangan terperdaya...jangan...!" tapi tetap aje terperdaya. Percuma-cuma darah meyirap tak tentu pasal. You all tau ke I cakap pasal apa ni? Ni hah, pasal sinetron yang berlambak-lambak kat tv kita ni. Memang mula-mula I tak tengok. In fact, tahu pong tidak. So, satu hari tu, ntah macamne, TER-tengok kekdahnya.

Bila dah tertengok tu, first time rasa macam best jer... masuk tiga empat episodes, mula buat I membebel.... 
Heran, at this point, words come easy ler pulok. Kalo perkataan 'bodos' tu toksah kira ler betapa banyaknye keluar dari bibir I bak delima merkah (blueek!) ni. Tak pasal-pasal jadi tension. Sekejap berdiri...kejap duduk balik...kadang-kadang geram punye pasal I tukor channel. Pastu patah balik take a peep. Kalo dah rasa menyampah tahap gunung merapi depa, I tutup terus tv. Puas hati aih. Agak-agak dah over scene suspense tak masuk akal tu, I on balik tv.  Apa punya turrr.... 
Dah tau cerita Indon ni semua bawak membohong...pegi tengok jugak. Macam-macam masalah kalo ikut standard kita dah boleh selesai lama dah, tapi tak sudah-sudah problemo sokmo derang ni.


Cerita depa ni lebih kurang sama jer... anak orang kita bela, anak sendiri orang lain jaga. Harta orang ni, orang lain beriya nak berebut. BermasaElah betul derang ni. Yang paling tak tahan tu, kalau bab eavesdropping...heh...duduk 100m pong dengar. Tapi tang nak cari orang....lalu depan mata pong tak nampak. Heeehhh, buta mata buta perut ke hape pong tak tahulah. 


You all perasan tak, kalo lari dari rumah ke, kena halau ke, mesti dan-dan tu hujan selebat-lebatnya. Kilat petir tak hengat punya. Nyadin jer jalan dalam hujan. Sempat pulak tu  flashback mende yang sama.... Aduhai...tolonglah. Pastu, yang mencari dengan yang kena cari sama naik blurnya.


Kadang-kadang terfikir jugak, kejam sangat ke yang jadi villain ni. Kalau pompuan kaya jahat, bila nak komplot, mata terbeliak-beliaknya takde dah yang lebih besar. Ya ampun buk...wa tatak takut! Yang baik di portray-kan baik tak bertempat ...sampai dah kena empat lima kali penampar duduk kat situ gak. Larilah weh! Awat, susah sangat ke?


Ada hero, hero bengap. Kena terentak sikit, masuk hospital tak sedor diri berhari-hari. Lepas tu amnesia terus.  Ada heroine cengeng lebih teruk dari...er...oh, never mind! Hikhikhik))) 
Dah kata tak faham, tapi tak...heh, nak tengok jugak! Hambik ko.


Hah, ni lagi satu...bab background music. Sound effect ke hape ke...whateva lah. Contoh sinetron "Sejuta C*nta M*rshanda". Walaupong I tak tengok sangat...(sebab time tu I'm busy preparing Girl's lunch), tapi boleh dengar sampai ke dapur bunyi muzik mengalah filem T*mil. Kita ni lari-lari anak ke depan tv nak tengok apa hal. Rupa-rupanya, kes "hang lari aku ligan". Dah dapat tangkap, masing-masing pakat cakap dalam hati. Oh man, spare me this! Ingat kan yang kejar tu mesti orang badan sasa, muka ala ala John Malkovich ....la...tolonglah...kalo setakat pompuan kurus kering harap mata beliak-beliak yang korang takut.  Heeeee...sesuka hati jer. Sesuka hati jer keluar masuk pergi melawat orang dalam lock-up like nobody's business. Pompuan tu sorang jer...tapi yang takut kat dia ramai ler pulok. Woit, ko tolak jer dia, sure terpelanting punye.

Satu jer yang bagus about drama Indon ni... lagu-lagu derang best sangat. I think the songs make up for the sorry state of story-lines lah.

Sudah. Lagi lama I pong boleh jadi demam macam director Ahmad N*sfu..."hah? yang ini pun bagus? sudah...suruh dia melingkup..."

Glossary:
dan-dan = instantly, tiba-tiba (boleh ka?)
nyadin   = selamba badak
ligan      = kejar


Note: This is my personal take... if you find this entry offending, I apologize in advance... PEACE!


16 comments:

CS said...

Lili, 1st of all nak bagitau that my word verif. is ARBINGSI :-)

I masih lum tirgoda dgn drama Indon. Kesian you Lili, mendewita, kih3. I save my breath to comment on our local dramas ajelah. Satu jer I heran, whylah TV kita (kita gitu) tak ambik Malay dramas from Spore (Phua CK tu boleh pulak ek?).

Conclusion: muahahahaaa...

Anonymous said...

kerna tak mahu ketinggalan i do sometimes watch sinetron ni. memang menyampah, tak masuk akal. i kaji mentaliti mayoriti sesebuah masyarakat to understand why dorang bikin karya sebegitu. tak kira lah hindustan ke, us of a ke, apa2lah.

if karya cater to golongan kecil society mana laku, kan?

word verification:emende?
p.s i notice cs & your latest posts, ada glossary, i loike :}

Ribbon and Circus said...

Tak setuju betul ng imported drama series nih yg citer meleret2.. tak penah tgk series sebenarnye I nih hehe last I tgk Nur Kasih haha tu pun separuh jalan sbb nak deliver Adam, pas pantang dah tak tgk ;p

anyway, ade org pasang mixpod..lalalalala~~~

i dah kena sound, trus remove mixpod..cis..;p [nak letak balik dah malas nk copy paste plak]

Lili said...

CS,

ARBINGSI tu ada bunyi2 Indon ka? hikhikhik!

You know what, I memang anti habis citer Indon ni. Tapi bila pergi rumah kawan tertengok sambil bual2, duk esok tu, nak tau gak 'wak happeng'.

Itu lagi satu...drama Spore ni. Merapu gaks. Sorry ek, tuan penasihat 20% and RC! ;P

Tengok movie kat HBO jugak da best!

Lili said...

Noir,

Hahaha, I'm with you about this! Tak pasal-pasal buat sakit jiwa jer. Macam citer Indon ni nampak sangat tak logiknya. Even a six-year old could detect its flaw, hehehe!

*glossary tu untuk orang yang tak faham dialect certain parts of Msia!

Lili said...

RC,

Really kan, they're so bad, they get to my nerves and I've had upto here, *you nampak tak I letak jari kat hidung8 hehehe!

mixpod tu memang I letak on and off. This one is especially for my two Cancerian buddies, AnneAziz and CS kita...hikhik! You might want to check my 'Interlude' entry to know what I mean. ;)

Wan Sharif said...

Ha ha ha..
I was a bit lucky.. my better half langsung tak suka cerita2 dari tanah seberang.. lagi pun pembantu Ibu mertua saya dirumah saya tu dari seberang.. jadi kami avoid habis2an dari tertengok cerita2 depa tu..
Kalau anak saya ada tertengok.. tensen habis lah kami .. nasib baik kekadang saya us my right to override ..tengok HBO ke National Geography ke..

Lili said...

Salam Ayoh Wang,

Ehem, (blush blush ni!), it is so not me to be writing something like this, and having you reading it! Hahaha))

Betul ayoh Wang, baik ler tengok HBO like I'm doing now, watching 'Leap Year'. hehe... Tapi itulah pulak, my hubby selalu usik, kalo saya tengok citer kat HBO, harus banjir rumah!

Mulan said...

kita suka nengok citer koriya..

Lili said...

Mulan,

kita pong suka tapi no time meh... hikhik!

Ibu n Abah said...

lili...
FAnjang levar yg u leterkan...
satu jer yg masuk kat ati...
nyadin...
masak sambal sadin pon sodapppppp

i mmg dah lama fencenkan diri i dari tgk drama....
i buat drama jer....hhihihihihi...

Lili said...

Akak,

Hehehe, buat drama...I loike!

Tengah fikir nak masak apa ni jugak. Betul-betul sehati kita hari ni, I nak masaklah lauk sardin.

Psst...macaroni bakar not for me lah! Tak lalu cheese yg kat atas tu. I buat untuk Mysarah yang mintak dah berminggu, hari ni baru rasa rajin...hikhik!

Sizuka said...

hahahha... kelakar la u k.lili. tapikan, i menyampah tengok sinetron yg berlambak kat tv ni pun for the exact reason as urs. i memang anti, sebab tu i potong astro.

ingatkan ok la, tapi rupanya tv1,tv3, tv9, tv7, whatever tv la, semua rancak siarkan cite2 sinetron ni. tak boleh tahan k.lili. i memang banned my daughters from watching sinetron tapi bila makcik ton tgk, dia org pun tak sengaja, tengok jugak. ish!

my word verification :essongs?

part of mentera bukak pintu gua ketua penyamun? :D

Lili said...

Shidah,

Memang macam tu agaknya semua orang rasa ek pasal sinetron ni. Tapi heran kenapa tv kita masih nak mengkayakan depa ni, ye?

Hikhikhik 'nyiap essongs....'!!

kak ja said...

I majuk sehari semlm sbb kimeng I hilang mlm td..

Psstt!! Bab citer meleret melalut ni, kan.. hmmmppphhh.. I tingat kisah bekas jiran I yg ada 4 anak dulu..

Dulu kan skali depa tunjuk sinetron Nabila (kisah bdk tecik nama Nabila tp tajuk dia Mutiara apa ke menda ntah).. Memula citer tu mmg ok, I pun kalau ada kat umah tgok gak le.. Lama2 citer tu jd megheben..

Yg lawak tu, time citer tu tgh ok, anak2 jiran I tu, kalau duduk kat luaq sbb mak depa dok sembang dgn I, depa kalut ajak, "mak, jom masuk tgok Nabila!!"

Tp bila citer tu start megheben, baik2 depa dok ada dlm umah time start citer tu, terus depa ajak mak depa dok di luaq!!

Tp mmg ada org yg suka tgok malah suka buat citer meleret melalut megheben ni kan?

Lili said...

Ja,

Kesian kat you ye, susah payah berkarya-kimeng, tetiba hilang. Ish ish ish, depa ni nak kena babab dah. =))

I dolo2 pong heran apsal my mum dgn ank sedar I sorang tu suka sangat citer meleret ni. Lama2 I tgk derang pong dah give-up! Wakakaka))

Sinetron ni kalo buat citer tsunami depa lagi bagus kot. Ada rasa insaf kat orang-orang macam kita, kan? :'(

Tapi Ja, ada orang tak pernah serik tu yang meleret... :'(