Thursday, August 19, 2010

Bila Dah No Eye Deer....

Entah kenapalah semalam, terasa teramat letihnya. Good thing that we all berbuka dengan bubur lambuk berempah jer. Kalau makan nasi mau rasanya bertambah letih. Dan untuk rekod, semalam selepas tarawih, terus tak sedor diri tidor bagaikan kayu! (Kayu? hehe...teringat kat sorang kawan baik!).

Bila dah rasa puas tidur, terjaga sebelum alarm clock berbunyi. Gegas bangun, siap-siapkan diri... hikhik, walaupun nak masuk dapur, baju tidur kena tukor dulu weh!  Memang semalam tak masak apa-apa untuk sahur sebab berbuka dengan bubur nasi tu. Jadinya, masak yang simple-simple plus panaskan kari tulang which I made the day before....walaupun kan cuma ada kuahnya! Tambah buat omelette dan kailan ikan masin. Settled dah pun!

This morning I pergi pasar tapi buat 'round' ala-ala doktor kekdahnya... Check semua bende lepas tu tak jadi beli. Now the buntu days are here. Apa nak masak? Last last, beli santan dan bawang-bawang, sayur sikit; and let my last minute planning helps fix my meal tonight. Siapa-siapa nak suggest, silalah! :))

Anyway, for iftar yesterday we had these:


Bubur berempah... makan main telan aje!

makan pulak dengan yang ini:
Kerabu taugeh, kacang kelisa dan perut...


Biasaler...habuan Ateh! ;)

Salam semuanya! Selamat beribadat.... Tata!

9 comments:

CS said...

lili
len kali masak yg sedap2 nih, corongkan kat dada laptop you dan I disini sambut dgn mangkok kosong. If only ....

Ibu n Abah said...

lili...
wan som dapat nombor satu tu...
u kata u takder idea.. tapi siap buat kerabu taugeh lagi...
payah i nak percaya u takder idea... ikutkan lauk u dan lauk wan som memang bagi banyak idea kat kami yg memang dah ketandusan idea....

Lili said...

CS,

If only...kan! Apa kata you masak macam ni? Senang dan pastinya sedap. Yalah, pada tekak kami2 ni! hehe!

Lili said...

Mah,

Kat umah ni, you don't worrylah... tak you, kak som kita yang dapat nomor satu! Maklumlah, kurengs pembaca kat sini! Haha!

Mah, tu kan juadah semalam... yg no ideanya ari ni!

Paling senang buat kari ikan jer. Rasanya nak buat jugak bendi berlada dan sayur campur tumis kering2 tu...ala ala sayur goreng lodeh. Untuk sahur nak prepare rendang asam ikan masin talang. Ok tak? :)

Dah Zohor pun, lepas solat nak start bersilat!

Sizuka said...

salam k.lili,

menu kita sama la semlm! I buat kerabu taugeh jugak, but minus the perut and kacang botol. today nak buat another round of kerabu, but kerabu pucuk selom. hubby nak makan ikan kerapu goreng with sambal tempoyak.

Lili said...

Salam Shidah,

mmm...sedap tu! Bestla Shidah pun suka memasak macam kak Lili! :)

Kat Penang ni depa suka kerabu daun selom. Orang Perak macam kak Lili lebih suka kerabu pucuk kayu macam mengkudu, pucuk betik dgn bunga2nya dll. Tapi kerabu taugeh mmg kesukaan ramai! Hehe!

Selamat memasak!

kak ja said...

Perut I bertambah2 pedih tengok pics kat sini..

I dedolu kan, buboq kanji (buboq lambuk versi utagha) adalah musuh ketat I.. Tak bg pun tak kecik ati.. Tp skg ni, baunya pun dah ckp menggoyang dan melemahkan kepala lutut I..

Lili said...

Ja,

Selalunya lagu tu la kita ni! I pun heran masa kecik, I memang ANTI dengan makanan! Seingat I kan, I dolo2 makan nasi dengan teloq mata tuang kicap... tak pun lumuq nasi dgn marjerin & kicap. Pendek kata, I dgn kicap mmg ngam!

Sekarang ni, entah dari mana datang SEMANGAT masak memasak dan makan memakan nih! :))

Lili said...

Ja, I mean, "sekarang ni"...masa dah umur masuk hujung2 belasan tahun, bukannya 'sekarang ni' yg dah kertu! hehe...terasa moda sokmo!