Thursday, July 22, 2010

Jom Masak-masak!

Tengah banyak durian ni, buat tempoyak ler. Lebih mantap buat gulai tempoyak! Dan berlebih-lebihlah 'mantop'nya, dibuat tempoyak masak. Hehehe!

Bahan-bahan untuk tempoyak masak, semestinya tempoyak
bawang kecil, serai dan daun kunyit: semua dihiris halus,
cili merah ditumbuk, cili padi dihiris (my version),
segenggam ikan bilis, air dan garam secukupnya.
sedikit gula kalau tempoyak lama.
Kacau atas api perlahan...sampai tua masak!
Senang, tahan lama dan gerenti SEDAP





Hmm... well... what is tempoyak masak without the accompaniment of petai and timun! Masa inilah timun dapat tenyeh durian!!! :-D

12 comments:

somuffins said...

Lili
terer you .. I tak pernah masak apa2 guna durian except masak serawa. Am sure lazat hingga menjilat pinggan ;-)

My word verif. is anchowns (sedara anchovies kot?)

Ibu n Abah said...

lili...
timun tenyeh durian.. kiranya baru betul peribahasa tu...
dulu manakan sama durian dan timun...
sekarang timun dah menenyeh durian...
tapi...
petai rebus tu memang lah nampak sedap dan bagi idea nak buat sambal tempoyak kacau untuk lauk esok...

Zendra-Maria said...

Selamat berbuka puasa dengan tempoyak masak, lili...

Sizuka said...

k.lili,

sedapnya!! i'll definitely try this. thank you!! at least durian yang byk kat kebun tu wont go wasted :D

lili said...

CS,

Macam selalu I cakap, orang Perak ni kalau durian banyak deme tak kedekut. Tapi kalau tempoyak banyak, kedekut weh! Tapi I tak. You nak, I kasi punya!

Tsk,tsk,tsk...rugi you CS tak try tempoyak! Hehe! I'm not so crazy about durians but give me tempoyak, ANYTIME!

Kalau nak buat tempoyak, jangan guna durian yang tak elok. I used good ones.

Eh, panjang ler pulok! Have you tried kek durian? Perghhh....out of this world, I tell ya!

lili said...

Mah...

Peribahasa dolo-dolo kita kasi tukor! Hehe!

Mah pun tahu buat tempoyak masak ni kan? Dulu rasanya I pernah terjah your posting on tempoyak kacau tu.
Kalau nak sedap lagi letak hirisan daun limau purut. I tak letak sebab takde daun tu.

Hmm...kalau dah siap esok, letak gambar kat blog, ek! :-)

lili said...

Haha, thanks kak Zen! At berbuka just now, I remembered your telling about me being a millionaire 'disana' for the pahala cleaning toilets! Ameen! ;-)

lili said...

Shidah,

Yes, you'd better try! Akak kalau dapat tempoyak masak ni, makan nasi sama ikan pekasam ke, ikan goreng dengan dia saja...oooo... tak terkata!

Lagi satu, buat masak lemak dengan daun-daun ulam. Selalunya, pucuk ubi, daun kaduk (akak kurang suka kaduk ni!), terung pipit, pucuk labu and petai, pun sedap tau. Yang ini jangan letak bawang, cuma serai dititik, cili padi ditumbuk. siat-siat daun kunyit... letak tempoyak n santan... ish...terasa nak buat weekend ni!

Uncle Lee said...

Hello Lili, longtime saya ta'makan ni....looking at your delicious, mouth watering presentations here, I can imagine the fantastic smells....

But I'll take a pass on that petai. Ha ha.
I still remember old days flying MAS from East Coast or Sarawak back to KL....the air hostesses had to tembak air freshener into the toilets....as maybe couple of people had petai for dinner, ha ha.
Have a nice day, Lee.

somuffins said...

Lili
The 1st time (decades ago) I makan tempoyak dgn sambal belacan, it was just awesome. Tak sangka I suka (my sister punya maid buat sendiri, dia orang Perak). Pastu my fren beri lauk ikan bilis, tempoyak n petai. I suka gak. Cumanya maybe I makan yg berbau durian as dish bila2 orang yg I kenal memasaknya kot? Ngader aje but ... (you masaklah n DHL kat I, ahaks)

lili said...

Hi Lee!

I say, there's nothing special about this dish! It's ordinary by our standard, but like they said, the ordinary is always miracle! Hehe!

lili said...

CS, DHL? Dua Hari Lewat? haha!

Boleh DHLkan, but rasa-rasanya belum pun sampai kat you, posto tu ngap dulu!