Sunday, October 18, 2009

Dari Utara... Naik Lagi Ke Utara!

Hah, ini cerita ke Perlis semalam! Sayup no...ke utara nun. Speeding is a no, no here. Sentiasa ada polis buat road block tahan pemandu-pemandu yang speeding. Seronok kami tengok kereta-kereta orang KL yang kena tahan tu! Hambik ko..BMW, Skyline and what-not... got slapped with surat saman!

Sampai Arau terus pergi UiTM cari Umai nak bawa dia lunch. Budak ni... dah tombam pipinya macam dia masih baby dulu. Cium pipi dia macam sinking our teeth into a 'pau gebus'! Baru jer jumpa masa Raya ari tu, dah sihat sesihatnya dia....
So, kami pun makan kat 'Pokok Sawa' yang femes tu. Memang ramai gilas. Nothing to shout about.... but the food was fairly good sebab banyak masakan kampung. Lupa nak ambil gambar makanan tu, not until kami dah sapu almost all baru Umai tingat nak snap snap. Ikan bakar dia fresh belaka... kena dengan air asam yang sedap. What I liked most was the gulai lemak nangka. Nampak jer pucat... tapi sedap....berasa. Tetuka rebus curah air asam pun sedap. Che Min duk pulun ikan keli sesaje... dari keli bakar ke keli masak lemak, semua dia balun!

Lepas hantar Umai balik (sebab dia ada kelas pukul 3 pulak), kami pi ler ke rumah kakak Che Min pulak. Ziarah orang sakit yang dah nampak sihat dah.

On the way back singgah Sungai Petani nak jumpa Na.Mula tu ingat nak singgah rumah dia kat Jitra, tapi dia dah berlonggok kat rumah keluarga Abang Aji. Elok sampai, keluarga Abang Aji buat kenduri nak ke Mekah, dah nak selesai pun... si Na ni entah kemana meronda shopping kat kawasan Village Mall tu. Jenuh menunggu dia. Seronok weh, bila jumpa.... macam selalu...tak kering gusi dengan Na. Ada jer kisah-kisah silam pak lang pian dia bukak! Dah dekat nak balik, kita orang kena makan juga nasi kenduri yang tersangat sedap. Walaupun perut kenyang, makan jugak... alhamdulillah... Balik nanti ingat nak tidur terus jer.

Tidur ke? No... pergi pulak BBQ kat rumah kawan yang siangnya ada buat kenduri nak naik Haji ni... Dah tak dapat datang waktu siang, malam ler baru sua muka. Makan lagi....

Itu lah.... dah dapat keluar rumah sampai ke malam... kalau tidak, memeraplah!

2 comments:

Anonymous said...

jgn paneh pungkok dok lama2 udah..jgn mare...ada lagi..(noq)

Ateh said...

Saja pun! Cari Umai dulu when the real agenda nak ziarah abang ipaq Che Min! Duk umah derang pun adala dlm sejam kot... pastu gediks nak singgah sg petani cari Na...
..tu pun tak dan nak cari Wan Aimran and anak Yong Atak, si Naqiah kat UiTM tu..