Wednesday, June 8, 2011

Entah? Takde Title...

Ya Allah, lamanya rasa tak berpuasa. Rasanya, bulan Muharam hari tu I last puasa....tiga hari saja pun. Ini tengah kalut nak membayar lagi tujuh lapan hari! First day puasa Isnin baru-baru ni, rasa nak runtuh langit, nak terbelah bumi...adeh, punyalah teruk migraine. MyC dah panik, takut berbuka dengan kurma jer nanti. Hehe, kalau dengan kurma pun, berbuka jugak, kan? 

Agak-agak dah petang, baru rasa lega, I pun keluarlah beli makanan. Senang saja...beli lauk panas-panas kat kedai Siam. Berbuka petang tu buat ibu dan anak, (hiks), dengan ikan siakap tiga rasa yang rasanya dah tak terasa. Telur bungkus tahap 'bolehlah' dan sayur campur yang banyak carrot dari hijau-hijauan. Tapi, bersyukur dengan rezeki yang Tuhan janjikan sebegitu. Lagi pun bila ingat-ingatkan masa menjamu selera di Ipoh baru-baru ni, rasa dah terlebih makannya. So, sudah-sudahlah bab makan ni...

Berbuka puasa semalam, I masak. Dah sihat kekdahnya, maka harus masak! Dan biasalah, bila dah puasa, semuanya teringin... Tapi, sejak tak berapa lalu makan nasi (okay, save for some nasi ambang I ate in Ipoh, makan macam orang kemaruk, uols!), I need to cook something appetizing. Anything with nenas would be much accepted by my tekak. (Uiks, I berdwi-bahasa, pulak...sowi!). Tapi memang I teringin nak makan gulai lemak tulang ikang masin talang dengan nenas. Memang habis sepinggan nasi semalam. Kalo tak, terkuis sana terkuis sini...hehe... Tapi takde gambarlah. Lupa dah semalam nak snap snap gambar. Masuk waktu Maghrib, terus terjah meja makan! Untuk MyC, mummy buatkan ikan bawal goreng panas-panas, curah bawang/cili kicap. Masak juga sayur, and daging masak merah for sahur. Ni, nak habaq mai sat, MyC duk pulun ikan gor dengan kuah sambal daging tu sampai bertambah. 

Pagi ni, tak tau nak fikir masak apa untuk berbuka... Itu belum puasa Ramadan lagi. Elok pun, tak usah nak fikir makan dan masak. Ada rezeki, adalah...(bbpj).


I nak keluor sekejap...nak cari ikang kat laut...untung-untung dapat bawal, boleh buat kari. Nak-nak digandingkan dengan ulam-ulaman, samval velacan and ikang gor macam semalam...mmm...


Puasa cepat-cepat bulan Rejab ni...pastu kita rest bulan Syaaban,...hehehee ;p


*bbpj = baca boleh, percaya jangan =))

14 comments:

zarin said...

i habis ganti dah tp ingat nk puasa sunat gak bulan rejab ni.. 1st rejab itu hari puasa n satu hari tkleh bangun coz sakit kepala..mkn kurma je masa berbuka kat rumah then after solat maghrib pi mkn kat luar hihi

Wan Sharif said...

Alhamdulillah.. selalu kita di ingatkan untuk terus memperhambakan diri kepadaNYA...

Mama said...

Salam Lili

Senior citizen mcm mama puasa penuh... he he... buat puasa sunat je lah

Selamat berpuasa

Cat-from-Sydney said...

Aunty Lili,
Mama & Dad puasalah hari Isnin tu tapikan, kerja punya pasal, tersekat kat kedai apa ntah sampai jam 11. Nasib baik sebelahnya kedai makan...makan apa ya? Oh, Mama makan laksa Johor, papa makan mihun bandung. Ada story tu: "Kak, mihun bandung takde tapi kalok mi bandung tapi pake mihun itu boleh..." Terkonpius kejap masa nak order! purrr....meow!

CS said...

Lili
Mama's komen berbau sungguh auwww.

Anyway, did you manage to get ikan bawal? I suka ikan bawal cos it brings sweet memory zaman kanak2..

'Camana kari daging I smlm? Sedap tak?'

Lili said...

Zarin,

Patutnya dah awal ganti puasa ni, tapi I was sick right after raya. Lepas tu nak mula balik yang verat (berat) hehehehe!

Kadang2 rasa nak berbuka dgn kurma je, lepas tu keluar makan malam, tapi my Girl tu susah nak drag dia keluar rumah. So it's best I cook or tapau.

Lili said...

Ayoh Wang,

Alhamdulillah...yang nak tolong ingatkan ni pung (well, that's me!) kena jugak tolong diperingatkan.
Thanks.

Lili said...

Mama KZ,

Bertambah pahala dengan yang sunat-sunat.

Thanks KZ!

Lili said...

Angelina,

Wah, bagus ek your dad temankan your mama puasa!

Hahaha, at least dapat juga mee bandung versi bihun! Kalau dia kata laksa johor berkuah mee bandung? =))

Lili said...

CS,

Komen mama sebagai peringatan...hehe

Eh, I did tell you yesterday that I came back empty-handed sebab terlampau panas kat pantai semalam. Dah ler ikan temenung yang banyak.. bawal senangin hape pung takde, Sakit kapla yang dapat!

Oh, I masak kari telur rebus...hehe..just nice to go with your kardag! <3

Ribbon and Circus said...

Kak Lili, sedapnyer bawal gor ng bawang cili kicap.. i br goreng bawal semalam.. nyesal tak baca awal2 entry ni, kalau tak sure buat cara u buat.. sedap.. i puasa ni..berderau perut sebut pasal bawal gor..he he

Lili said...

RC,

Hehe...ketawa I bab nyesal tu! Tapikan, memang sedap bawal gor panas-panas n cili-kicap! Make sure goreng dekat2 nak berbuka. I loike. hehee

Ribbon and Circus said...

Burp... Alhamdulilah.. Selamat dah ikan bawal gor cili kicap bawang dalam pewut.. Wow.. I pun dah terer ckp phelat.. :p cepat2 welcome me 2 d club. He he

Lili said...

Hahaha! Welcome, welcome to this felat klab ;)