Monday, March 22, 2010

Al-kisah...

*I hope CS will not flip out at this title! Tumpang lalu, CS...pinjam jap tajuk tu... ;-D

Asal Monday jer, kelam kabut....asal Monday jer, sibuk mengalahkan orang bekerja. Eheh, tapi bila pikirkan balik, kita pun bekerja jugak! La ni, baru dapat duduk... check fb dulu pastu baru masuk blog. Sunyi.  Hehe!

Pagi tadi, macam biasa pergi mengaji, walaupun dapat dengar jer orang lain baca. Enam orang ni pun dah havoc. Ustazah asyik gelak sipu-sipu bila my friend sorang ni...yang bila bercakap ke, baca quran ke, suaranya tak perlu microphone, lepas tu kalau dia silap ke, tak tahu mana nak wakaf ke...dia main langgar jer! Siap chop-chop dengan ustazah. Bab hari ni, kita orang kena tarik nafas panjang-panjang bila nak baca awal surah (mad lazim harfi). Maklum ler kalau surah Maryam jer, awal surah ada tiga huruf enam harakat dan dua huruf dua harakat. Shima brake dan shift gear kat huruf 'ain sambil dengung! Memang sakit perut tahan gelak, tengok kawanku yang kelakor ni! Aduh, Shima, Shima...ada-ada jer dia...

Sejak sekolah cuti seminggu tu, mana pun akak tak pergi. Asyik terperuk kat rumah. Mysarah kena sekolah walaupun dalam cuti. Dia ni sibuk berkelab dengan Young Enterprise (YE). Masa students lain sat for their exams, she and her group had to represent the school for apa ntah, kat USM. Kekdahnya, Monday tu, kena sit lah for the two papers...Add Math and Math. Hah, hambik ko...hantuk kapla ke meja! Asyik komplen susah jer memanjang... dari sekolah rendah ke sekolah menengah!

Tuition classes pun masih on cuti-cuti tu. Mana nak bergerak akak ni? Ada masa tu, jadi malas sangat, sampai dua hari enjin kereta tak panaskan. Makan ler apa aje yang ada dalam fridge. Masak, tetap masak...
Lepas tu, bila boring, telefon Ipoh...bual ler dengan budak yang baru berkhatan tu...berjam-jam... hehe!

Nak kata tak keluar pun tak juga. Ada wedding, pergi ler. Lepas tu tak tau nak balik-balik, asyik makannnn jer tak renti. Hah, ni lagi satu problem... perut ni cepat benor lapar. Baru aja lunch, dah lapor... Nanti kita cerita bab tu di lain masa.

Okay lah... penat ni...lepas mengaji tadi pergi Seberang Jaya. Dah selesai kerja, tengok jam dah dekat dua belas setengah, nampak gayanya beli jer lauk. Nak masuk kereta baru perasan, kereta kotor ya amat. Singgah pergi cuci. Masa menunggu tu, ada ke sorang apek ni dengan selamba usung biawak hidup-hidup, pastu mai acah-acah kat akak...Dah ler menjerit tak pepasal kat tempat cuci kereta. From the cuci kereta man, I learned that apek tu tak betul. Hish...patut ler! Melatah ler jugak tadi tersebut binatang haram yang lain pulak... berderet gamaknya keluar dari kandang!  Adeh...malunya!

... hmm.. got to go now, nak jemput MyC kat sekolah pukul 4pm nanti. Lepas tu nak jumpa orang Jeddah yang baru sampai semalam...ada abaya katanya untuk akak!

7 comments:

Ibu n Abah said...

Lili...
mulanya i ingat i dah salah pandang... puas i mengesek2 mata yang i ingatkan dah menipu... rupa2nya betol...
Itulah kisahnya.....
melatah2 lah u tadi yer...

lili said...

Mah,

Hehe, I sebenornya tak boleh nak pikir title lain! Pastu saje nak usik Cik Som kita...

Kadang2 I heran...kenape ler I ni asyik terserempak dengan orang yg ganjil2 jer...kus semangat!
I tak boleh excited sangat 'time' cam ni...sengugut menjadi-jadi. :(

somuffins said...

lili, I terpandang nama blog kat blog you. Terflipper gak kejap, heheh tapikan tapii itu huruf Melayu, saper2 pun boleh gunakannya, kan kan?

And do you know that there's another Alkisah (without hyphen) blog belongs to Anak Jawa? (psst, kawan baik Ja dia tu). Bukan 1, bukan 2 tapi ada 3 Al-kisah cuma the 3rd blogger tulis Al-kisah with mixed letters gitu.

Anyway, masa I belajar mengaji sekejap kat umah jiran (kami bertiga) ketawanya lebih dari membaca .. Tulah kan, kita ingat kita baca betul tapi .. wallahualam.

somuffins said...

Alahai, got correctionlah ..

"lili, I terpandang nama blog I kat blog you dari rumah cikMah"

Mcm konpius aje ek?

lili said...

Salam CS,

Nanti boleh ler lawat blog Alkisah yg lain2 yang banyak kisahnya! Hehe!

Rasanya tempat I mengaji ni banyak ketawa dari belajarnya. Manakan tidak, kita rasa sedap dah kita 'pederas'...tau tau lagu ke laut pulak! Tapi best kan dapat angan-angan jadi qariah..he he he!

Uncle Lee said...

Hi Lili, ha ha, you takut biawak? Saya bila muda suka tu...bawa ke sekolah, lepas kan....ha ha, tu chegu pakai sarong lompat atas meja macham table top dancer, angkat sarong dia, arhaaaaa ha ha.
Or lepas kan dalam the girl's toilets....
They menjerit tiga batu boleh dengar, ha ha.

I read your posting, you really busy....so you free gossip on phone to Ipoh? Ha ha, just joking.
You stay young, and simpan satu lagu dalam hati, have a great week, Lee.

lili said...

Hi Lee,

Sorry for this late reply. Been busy lately but calling home my mother and nephews and nieces is a MUST for me! Hehe!!