Thursday, December 23, 2010

Cerita dari Blog Sunyi....

Eh, ini blog saya ke? Laa....apsal bersawang jer ni? Laa....lupa ada blog ek! Itulah, asyik sibuk berdesperet jer sampai lupa mengemas menebas bagai.

Actually kan, I went jalan-jalan makan angin obersea, you all. Jangan tak tahu....obersea I dekat jer. Janji jaraknya lebih 25km dari rumah I kira makan anginlah tu. I tak boleh nak pergi obersea macam member kelab I sorang tu. Tu dia...sampai ke seberang tambak! Jalan-jalan U*iversal St*dio lagik. Tapi, I tak jeles, sebab I pong makan angin obersea. :)) Tak caye? Ni hah, gambarnya...




 

Hah, itu baru view from my room kat hotel ni. Gambor camtum-camtum ekor ayam, gitu. Tapikan kan tapi, I malu aahhh nak letak gambor I yang sekarang dah jadi femes kat my 'Kelab Haus'. Hehhee... kalo you all tengok mesti fengsan macam Alauyah Kuih Lompang tengok ukiran muka dia yang Abdul Wahib ukir tu. At least kan, Alauyah tu tengok muka jer.... ni kan, I siap berposing ala-ala Cleopatra versi dugong.  Uiks, bayu laut pong mintak ampun kona hembus lalu aje keliling I.  
Sabor ajelah....

Sesekali ku rasa teringin nak relaks relakskan badan...apa tu bak kata omputih,... rejuvenate? Hah, gedeban! Sejak sekolah cuti ni, tangan tak pernah kering. Asyik masak, makan, masak, makan. Suami I  yang dulu hensem, rambut panjang dah jadi botak  pong baru sedar yang istewinya ni asyik ke dapor jer. Tetiba jer dia rasa nak bercuti. Guilty pong sama dia tu. Last week kita orang nak ikut Adik I pergi holiday kat PD...nak merasa duduk kat Av*llion tu, dia tak boleh nak celuih time ambik leave. Last last, I membawa diwi ke Ipoh bersama Girl. Kesian kami kan, kan, kan? Itu yang kami pergi holiday obersea weekend yang baru lalu tu.

Tapi biasalah I ni. Dah hubby I ok, I pulak ngade-ngade nak duk kat hotel yang belum pernah try kat obersea ni. Memang dah tahu hujung-hujung tahun ramai manusia kat sini memang takde can nak nginap kat H*rd R*ck Hotel. Jadinya, masih setia hubby dengan hotel adik-badik kompeni dia. Dan masih setia derang letak kami kat bilik yang selalu kami inap dari mula kawin sampai dah kertu ni. So suwit (sweet) our suite.... Harga suite kami ni sama dengan standard room  kat HRH atau H*liday Inn atau P*rk R*yal. Hubby I bijak... memang bijak sebab dia pernah minum susu D*mex agaknya!


  Inilah dia B*yview Beach Resort
Resort yang paling hujung kat B*tu F*ringghi ni...

 Malam tu kami dinner dalam hujan yang maha lebat di sini....



 Dah kata pergi obersea, makan pong makanan obersea jugak lah ye.... I makan yang ini....



Mulanya, nak kongsi-kongsi makan nasi beriani kambing ni.... tapi sekali suap, punyalah sedap, I makan sampai licin pinggan. Hikhik...mana tak jadi dugong!

Okaylah, dah nak petang ni. Sawang-sawang kat sini dah pun I keliar (clear)....Nampak macam bertuan sikit rumah I ni. Nak gantung gambar banyak-banyak kang takut ada yang termuntah ijo kuning biru ungu. Baik I gantung kat Kelab Haus I tu. Setuju tak ahli DHW empat orang tu?;=D


Tata!

18 comments:

Sizuka said...

K.Lily! U're back! Eh! belum lagi.. bestnya jalan2 obersea, boleh makan kat tarbush lagi.. I pun nak ajak my hubby jalan2 obersea jugak la :D

Mama said...

Salam Lily

Bagusnya... balik cuti terus clear sawang...gud girl!!

Kalau jadi pergi PD boleh singgah 'suite' mama

kak ja said...

U pernah tak tengok gambaq dugong berdiri menyanyi Negaraku?

ngeh ngeh ngeh..

Begitu lama u dok jd pelanggan setia hotel tu, towkaynya tak bercdg ka nak amek u jd anak angkat ka, cucu angkat dia ka?

Ibu n Abah said...

lili...
akak setuju apa kata ja...
tak bercadang ker tokey hotel tu amik you anak veranak jadi cucu angkat dia??
Briani?... buat masa ni i belum beraniii....(kena turun berat badan dulu)

Lili said...

Shidah,

I'm back already. Hehehe...bestkan sekali sekala ferasan jadi tourist! Hohoho!

Lili said...

Salam KZ,

Kalo ikut hati malas nak menyapu sawang tadi...tapi rasa sunyi tak bertuan umah ni, baik usaha sikit!

InsyaAllah, kalo ada rezki turun ke Seremban, saya singgah. :)

Lili said...

Ja,

Ian Ogilvy nak ngorat dugong nyanyi NegaraKu tu, ok tak? ngeh3! Ian tu pong dah jadi dugong tau, Ja!

Towkey tu dah bagi saham kat I... in fact dia mintak I jadi maskot hotel dia... "Dugong in the Sun" Amacam?

Lili said...

Mah,

Hehehe...tokey tu kata, buat ngabih beras dia jer bela dugong tu!

Psstt...Ja dah tengok gambar dugong berdiri nyanyi negaraku!

Beriani kat Tarbush tu tak sangka saya sedap pulok... hubby suruh compare dgn Hameediyah, rasanya sedap kat tarbush, macam makan beriani dam kat Johor tu.

Dah lega nanti, Mah makan ler. Sekarang better ikut cakap doktor.

;-D

somuffins said...

Lili
Am yet to try Tarbush. Kat Subang pun ada gak, mmg afdal berlari2 anak kesana ek?

I tak nampak apa2 gambar kat sinun pun? Tak chi taw sbb Ja sorang aje yg dapat tengok.

P/S: Your entry this time memang sempoii.. I like!

Lili said...

CS,

Vahvahvah....you sudah buat I blushing taw...nyampah! Kalo ada button 'Like' tu I sembunyi dalam pasir tempat ketam2 beramas meswa.

Ehem! (Tukor mood serious pulak), Ye, kenapa you blom try Tarbush? Memang afdal berlari anak kesana kalau you dah buat genjatan senjata dengan piyuk belanga you.

Gambar tu kita akan siarkan lagi bila orang yang bertanya ni dah letak gambar dia full view! ekekekeke!

somuffins said...

Lili
Psst .. we are even now, kankankan??

Lili said...

CS,

Heh heh!!!

Uncle Lee said...

Hi Lili, always love your humour, though I sure get lintang pukang with the new bahasa spellings you use here.
Some of the words I've seen before only wondering why certain alphabets da tukar.
Example, 'gambar' da jadi, 'gambor', ha ha.
But I enjoy it. I'm learning......as bahasa saya sebelum Merdeka. Da karat.

Love the pics here of your 'obersea' trip....ha ha.
Wishing you the very best of Seasons greetings, have fun, Lee.

Oldstock said...

Uish... makan nasi beriani terus tak ingat kawan.

If you happen to be in KL anytime, look for the mandy rice from any of the popular arab restaurants, memang sedap. Ataupun try to look for Saba Restaurant kat area Jelatek/Setiawangsa.

Lili said...

Hi Lee!

Well, how do I explain this?

What I've written is not the proper Bahasa Melayu...hehe... Some words which you, may be familiar with, are dialect actually. I'm from Ipoh, Perak and am so used to words ending with '..ar' to be read as '..or'! Hence the 'gambor' in 'gambar'. It's belum Merdeka bahasa alright! Hehehe!

Thanks for taking your time reading this entry.

Merry Christmas and a Happy New Year to you and your family. :)

Lili said...

Oldstock:

I think there is the mandy rice in the menu at Tarbush, is just that I'm not sure of my choice!

And I've heard about Saba and a few other restaurants in KL. Insyaallah, kalau sempat jjcm di KL, I'll try.

Satu jer, kat Tarbush takde minuman Barbican tu. Hehehe!

fa*atip said...

bila tengok gambar bumbung2 tu, terus i rasa teringin nak tengok gambaq dugong duduk seksi atas bumbung! boleh tak Lili? ekekekeke

Lili said...

Fa,

Masa bila yg you lari ke sini? Uishhh, dalam sibuk2 bergebang kat KlubHaus tadi, you sempat lari ek!

pssst...Fa, you dah terlewat sikit...Ja dah tengok gambaq dugong full view...berdiri di antara Ringo n Paul kat Hard Rock! hehhehheh...

Kalo bergambar kat atas bumbung, dugong takut jadi langsuyor ler pulak! huahuahua)))